Trafik Ilmu bermula dalam satu persekitaran ekonomi yang cukup mencabar. Tahun 2016 merupakan tahun yang amat sukar bagi saya untuk meletakkan sasaran kemenangan dalam apa jua oerjuangan.
Pelbagai cabaran yang semestinya datang dan pergi . Memang tidak dapat disangkal lagi. Trafik Ilmu akan cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ada, kecekalan yang ada, untuk terus ke hadapan.
Saya tidak dapat lagi menerima pelbagai alasan untuk tidak mampu untuk terus maju. Hakikatnya bukan mudah. Dalam apa pun perjuangan akan melalui saat saat getir. Saya cuba melakukan perubahan yang mampu saya lakukan. Menambah nilai kepada yang sedia ada mengikut perubahan semasa. Cuba Tuan/Puan ingat, perubahan, tidak perlulah kita pergi jauh. Cuba lihat perubahan disekeliling kita? Adakah perubahan itu akan terus kekal? Jawapannya tidak. Ianya akan terus berubah mengikut peredaran masa. Adakah kita sendiri perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik? Semestinya. Saya sendiri cuba untuk merubah keadaan yang sukar menjadi lebih baik. Tapi perlu diingat, tidak semudah yang disangka. Mungkin ia memerlukan masa yang lebih panjang.
Perubahan Itu Jalan Kejayaan…
Recent Comments